Kesempitan atau Kesempatan?

 
Kenali Diriku...

Anak Pak Abu
Singapore
Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa...
Lihat Profilku yang lengkap
Lelaman-Lelaman Ilmu
<
Lelaman-Lelaman Lain
Yang percuma...
July 4, 2008
Bermacam-macam benda percuma

Aduh... Memang betul kata orang, kita tidak boleh mengharapkan yang terbaik jika sesuatu itu diberikan secara percuma. Baik ia dari segi pemberian sampel atau pek contoh produk percuma, servis percuma (untuk amal, promosi hari lahir ahli kelab, dsb) ataupun hadiah percuma jika berbelanja melebihi beberapa ratus dolar di sesebuah pusat membeli-belah.

Ditambah pula dengan penggunaan tandas-tandas awam di stesen-stesen MRT dan kebanyakan pusat-pusat membeli-belah yang kini (sudah lama pun) percuma, kita mula merasakan bahawa banyak lagi perkara di Singapura atau di dunia ini yang sudah sepatutnya percuma juga.

Hadiah Percuma

Pernah saya mendapat lampu suluh yang tidak berfungsi, hasiah percuma yang indah khabar dari rupa (yang kononnya bernilai $20+ tetapi rupanya seperti bernilai $5 sahaja) dan kemeja-t percuma yang cuma ada saiz L atau XL! Apakah rupa saya seperti seseorang yang berbadan saiz L atau XL? Tapi, benda-benda tersebut percuma kan? Dan tidak begitu penting, kan?
Ah, kalau begitu, lupakanlah...

Lagi satu yang pelik berkenaan hadiah percuma ini adalah orang-orang yang terlalu meminta-minta. Bayangkan situasi ini:

* Hadiah percuma (bernilai $20) bagi perbelanjaan melebihi $100 dalam satu resit selagi stok masih ada.

Ada dua perkara yang selalu menjad runsingan dan rebutan warga Singapura dalam ayat ini:
1) hadiah percuma,
2) selagi stok masih ada.

Kalau dah ada hadiah percuma, mesti kejar sampai dapat. Tak kiralah kalau kita perlu berbelanja sehingga seratus dolar kerana yang penting, dapat hadiah percuma bernilai $20 pula tu!

Bab selagi stok masih ada ini yang selalu membuat warga-warga Singapura yang kiasu terkejar-kejar dan ada yang sehingga bertengkar dengan pihak penganjur kerana stok sudah habis. Alasannya? "Hari ini masih hari pertama promosi, kan? Takkanlah dah habis? Awak sengaja nak simpan-simpan stok lah tu!"

Khidmat Percuma

Yang paling tidak asing di Singapura adalah adanya tandas awam percuma seperti di stesen-stesen MRT dan pusat-pusat membeli-belah. Bila dah percuma, mutu kebersihan pun tak terjaga. Maklumlah, orang yang keluar masuk tandas tidak henti-henti. Baru selang beberapa saat tandas dibersihkan, dah ada orang lain masuk, lantas menambahkan lagi "keharuman" tandas tersebut.

Adakah salah si pekerja pembersihan itu kerana kurang perhatian terhadap kebersihan tandas-tandas tersebut? Tak juga, kan, kerana takkanlah kita hendak menyuruhnya memerhatikan tandas-tandas tersebut sepanjang masa?

Ataupun adakah ia salah orang awam yang tidak menyiram atau membersihkan sendiri (secara ringkas) setelah menggunakan? Tak juga, kan, kerana mereka tidak dibayar untuk melakukannya dan bukankah sudah ada pekerja pembersih di situ? Lagipun, bukankah mereka ni selalu dalam keadaan kelam-kabut, mana ada waktu nak membersihkannya sendiri?

Pekerjaan Percuma

Yang ini melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan ataupun kerja-kerja sukarela.
Ada segelintir diantara mereka yang kurang ikhlas melakukannya, mengakibatkan kerja-kerja yang asal-boleh ataupun yang tidak bersungguh-sungguh.

Saya bukannya ingin mengutuk atau mengata. Saya yakin, ramai lagi sukarelawan yang ikhlas melakukan tugas-tugas sukarela mereka, tetapi ada segelintir diantara mereka yang merosakkan imej sukarelawan ini. Tapi, saya yakin, perkara ini tidak akan jadi seperti sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana rakyat dunia masih lagi menghormati dan menghargai jasa para sukarelawan ini.

Percuma... Percuma... Percuma...

Sebenarnya, kalau kita amati betul-betul, tiada yang percuma di dunia ini.

Walaupun kita menggunakan tandas percuma, tetap pihak "empunya tandas" perlu menggajikan pekerja pembersih untuk membersihkan tandas-tandas awam ini dan segala macam kos-kos penyelenggaraan yang perlu mereka biayai.

Walaupun kita dapat hadiah percuma, kita tetap perlu berbelanja mengikut had yang ditetapkan. Pendek kata, kalau berbelanja kerana inginkan hadiah percuma, banyak pembaziran yang akan berlaku. Seperti membeli sebuah periuk kecil hanya untuk mencukupkan jumlah perbelanjaan yang diharuskan, padahal di rumah sudahpun bertimbun-timbun periuk.

Percuma sahaja kita terus-terusan memikirkan tentang perkara-perkara percuma ini. Memeningkan kepala lagi ada. Lagipun, mana ada hadiah percuma, sekiranya kita perlu berbelanja sebelum mendapatkan hadiah tersebut?

Dan yang pasti, hadiah tu kan dah maknanya suatu pemberian? Dan bukankah suatu pemberian itu dah sememangnya percuma? Ada juga ke istilah "hadiah percuma"?

Labels: , ,

posted by Anak Pak Abu @ 8:06 PM   0 comments

Arkib
BLOGGER.COM

BLOGGER

© Kesempitan atau Kesempatan? .Blogspot Template by Isnaini Dot Com