Kesempitan atau Kesempatan?

 
Kenali Diriku...

Anak Pak Abu
Singapore
Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa...
Lihat Profilku yang lengkap
Lelaman-Lelaman Ilmu
<
Lelaman-Lelaman Lain
Duit, Duit, Di mana kau duit???
July 7, 2008

Hidup untuk mencari duit atau mencari duit untuk hidup?
Ramai yang masih keliru bagaimana hendak menjawab soalan ini.


Cuba kita fikirkan secara logika...



Hidup untuk mencari duit

Falsafah hidup orang seperti ini adalah, cari duit sampai ke negeri China... (ok gurau saja). Pendek kata, di mana saja ada peluang untuk mendapatkan duit, pasti dia akan cuba. Yang baiknya tentang si dia, beliau adalah seorang yang tekun dan bersungguh-sungguh. Dia akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan duit yang lebih banyak dari orang lain.

Yang buruknya, dia akan menjadi seorang yang tamak. Dia akan cuba mengeksploitasikan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri. Malah, dia juga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang bodoh dan salah di sisi undang-undang negara dan agamanya. Dia juga adalah seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit.

Tetapi, bila kita fikirkan di sisi yang lain pula, orang sebegini kasihan juga. Dia juga akan mudah tertipu kerana dijanjikan kekayaan jika melakuka
n sesuatu atau memberikan sesuatu. Dia akan percaya cakap sesiapa sahaja yang pandai bermuka-muka dengannya, asalkan ia melibatkan cara mendapatkan duit yang lebih.

Mencari duit untuk hidup

Orang seperti ini senang hidup secara sederhana. Yang baiknya mengenai dia adalah, dia tidak tamak dan puas dengan kejayaan dan kekayaan ya
ng sederhana. Dia juga cukup bahagia dengan apa yang dia lakukan, terutama sekali dari segi pekerjaan. Dia jenis yang suka berjimat cermat dan tidak akan mengejar-ngejar sesuatu yang tak pasti.

Yang buruknya, dia tidak berani mencuba sesuatu yang baru. Dia tidak berani mengambil risiko dan tidak mahu mendapatkan kekayaan yang lebih. Ini akan menyebabkan beliau tetap di kedudukannya sekarang dan sukar untuk naik pangkat, kecuali mempunyai pengurus yang menilai kerajinan dan
kesetiaan melebihi kejayaan seseorang pekerja dalam mengambil risiko dan cabaran.


Berduit, tiada harta
Berharta, tiada berduit...

Yang ini lagi susah. Nak simpan duit banyak-banyak, atau beli aset banyak-banyak?
Ataupun, melabur dalam saham, amanah saham, bon
, dan sebagainya?Pernahkah anda mendengar dialog-dialog ini?

1) Aku beli rumah ni sebagai pelaburan masa depan.
2) Kereta ini aku beli sebagai aset keluarga. Senang nanti aku anak beranak nak ke sana ke mari.
3) Barang kemas ni mak beli untuk simpanan masa susah. Nanti kalau kau dah sesak-sesak, tak ada duit, bolehlah kau jual barang kemas ni.Ah... Macam biasa dengar, kan?


Ada duit, Abangku Sayang...

Tiada duit, Abang Melayang...

Ramai yang mencari pasangan hidup, mesti yang berduit. Bezanya, ada cari yang berduit (ada wang simpanan) dan ada cari yang banyak duit (kaya)!

Terpulanglah pada individu. Yang penting dalam hidup mestilah jujur dan jangan berlagak seperti orang yang banyak duit, padahal "cik abang" hanya berpura-pura demi untuk memikat sang gadis...


Labels: , ,

posted by Anak Pak Abu @ 9:47 PM   0 comments

Arkib
BLOGGER.COM

BLOGGER

© Kesempitan atau Kesempatan? .Blogspot Template by Isnaini Dot Com